Selamat datang ke blog Qariah Masjid An-Naim Jalan Kebun. Qariah Masjid dengan kepadatan penduduk melebihi 1000 orang merupakan kariah terbesar dalam kampung Jalan Kebun, Sect. 30 Shah Alam.
Qariah ini terdiri dari empat lorong utama iaitu Lorong Hj Yusof, Lorong Hj. Kassim, Lorong Hj. Taib dan Lorong Hj. Mughni.

Qariah ini menempatkan beberapa infrastruktur utama seperti Masjid An-Naim Jalan Kebun, Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klinik Desa, Pejabat JKKK, Pentas Terbuka An-Naim, Padang Permainan, Tadika Kemas, Institut Taufiq Islami dan Tadika Al-Firdaus Abim, Tadika Tarbawi dan Tadika Raihan, Pusat tiusyen ilmuwan.

Jalan Kebun via Satellite

Jalan Kebun via Satellite
Kampung di pinggir Shah alam/Klang

Sunday, September 30, 2007

Bubur Lambuk Jalan Kebun

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sepanjang bulan ramadhan, masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama Badan Kebajikan kariah masjid yang diketuai oleh Tn Hj. Solehan Hj. Tahir, telah menganjurkan program bubur lambuk. Program ini berjalan sehingga akhir ramadhan dan ia diagihkan secara percuma kepada penduduk kariah.

Setiap jam 3.00 buburlambuk ini sedia di agihkan. Program ini dijalankan di tempat letak basikal padang masjid An-Naim, berhampiran pentas terbuka An-Naim.

Bubur lambuk di Jalan Kebun ini adalah warisan dari resepi yang telah lama diamalkan oleh penduduk kariah setiap kali menjelang ramadhan.Dengan adanya program sedemikian bukan sahaja dapat menyumbang makanan untuk berbuka kepada penduduk setempat tetapi juga merupakan medium untuk merapatkan silaturrahim penduduk tempatan.

Menurut Pengerusinya, projek ini adalah program tahunan, tetapi sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan, menyebabkan bubur lambuk ini habis diagihkan dengan lebih cepat. Sehingga kini sebelum jam 4.00 petang, bubur telah habis diagihkan. Oleh demikian pihak pengurusan memohon maaf jika ada yang tidak berkesempatan untuk memperolehi bahagian bubur ini terutama jika lambat tiba.

Jika masih ada yang belum berkesempatan merasai resepi istimewa bubur lambuk Jalan Kebun ini, pastikan sebelum berakhir ramadhan untuk anda berbuat demikian.

Selamat berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri yang semakin hampir dari warga kerja bubur lambuk Jalan Kebun.

Saturday, September 29, 2007

Program Ihya Ramadhan 2007

Masjid An-Naim dengan akerjasama PIBG Jalan Kebun, Majlis Belia Selangor, Abim Selangor dan Blue-t telah menganjurkan program ihya ramadhan bersempena sambutan nuzul quran, tarikh keramat dan penuh sejarah Islam, bersamaan 29 Sept 2007.

Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga waktu berbuka puasa. Sejumlah 218 orang pelajar telah mengikuti program ini dari kalangan pelajar darjah 6 sekolah kebangsaan Jalan Kebun dan juga peserta tadarus bulan Ramadhan.

Majlis Belia Selangor telah menyumbangkan kamus oxford kepada setiap peserta, tidak ketinggalan Blue-t yang menghadiahkan majalah ana muslim.

Antara kandungan menarik ialah mengetahui rahsia solah, demonstrasi melukis kartun dari artis blue-t, menghafal surah dan ayat lazim dan juga berbagai pertandingan yang menyediakan hadiah lumayan kepada peserta.

Peserta turun bergembira dengan kehadiran fasilitator dari UIA, UiTM, Uni. Al-Azhar, Mesir dan juga Uni. Maghribi. Ini dibuktikan melalui prestasi pelajar semasa pertandingan pelbagai kategori perkara-perkara penting dalam solat.

Antara acara:



Koleksi gambar program ihya ramadhan

Thursday, September 27, 2007

Zakat Fitrah

Zakat fitrah tahun ini adalah sebanyak RM5.20 seorang bersamaan harga beras (RM2.70 sekilo beras)

Para pembayar zakat dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan dan juga pen kerana pembayar zakat fitrah diselangor diperlukan untuk mengisi borang maklumat pembayar zakat(ketua keluarga sahaja.

Butiran perlu diisi nama pembayar/alamat/status pekerjaan/k.p/kariah masjid/bil tanggungan/jumlah pendapatan dan no telefon.

Setiap pembayar zakat akan diberikan resit menurut jumlah tanggungan. Pastikan anda membuat bayaran zakat sebelum pulang ke kampung halaman dan tidak lewat dari solat hari raya. Zakat itu berkat dan menampung kekurangan puasa.

Amil untuk Qariah masjid
Muhamad Othman 012 - 3092256
Jamaluddin Karim 019 - 2258422

Solat Terawih


Bulan Ramadhan memang meriah dengan pelbagai aktiviti terutamanya di masjid. Malam terawaih dimasjid An-Naim memang meriah sekurang-kurangnya 3/4 masjid penuh dengan jemaah. Seronoknya...

Imam solat terawih diketuai oleh Imam I masjid An-Naim iaitu Ust Hafidz Bin Mohd Husain Al-Hafidz. Beliau dibantu oleh ustaz lain Ust. Shamsudin Saari, Imam II, Ust. Rashidi Hj. Ali (Nazir), Ust. Zawawi Ahmad Mughni dan Ust. Azhar.

Setiap malam, satu juz surah al-quran akan dibaca. Solat terawih dimasjid ini dilakukan sebanyak 20 rakaat dan juga 3 rakaat solat witir. Semoga para jemaah akan terus diberkati dan dirahmati Allah. Semoga kehadiran jemaah seperti ini dikekalkan sehingga akhir ramadhan.

Selepas selesai tarawih diadakan program tadarus dewasa.

Tadarus Remaja 2007


Masjid An-Naim telah menganjurkan program tadarus remaja setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad)sepanjang bulan Ramadhan. Seramai 100 remaja telah mengikuti program ini, peningkatan lebih 40% peserta berbanding tahun lalu.

Program ini dikendalikan oleh Imam II Ust. Shamsuddin Saari.

Program bermula dengan solat Asar berjemaah diikuti oleh tadarus mengikut kumpulan masing-masing sehingga waktu berbuka. Masjid An-Naim menyediakan juadah berbuka untuk semua peserta

Sunday, September 16, 2007

Thursday, September 13, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semoga amal dan ibadah kita ditingkatkan pada bulan rahmat ini, bulan yang menjanjikan lailatulqadar pada salah satu malamnya.

"Mengingati teman tanda persahabatan, Mengingati mati sumber kekuatan iman, Mengingati akhirat semulia-mulia ingatan dan Mengingati Allah itulah ketengan."

Lorong-lorong di qariah masjid khabarnya sedang sibuk membuat persiapan untuk sepanjang bulan ramadhan ini. Kemeriahan pasti menghidupkan suasana bulan ibadah ini.

Saturday, September 1, 2007

Sambutan Merdeka... Tahniah K. Masjid

31 Ogos 2007 Penduduk kampung Jalan Kebun menyambut kemerdekaan dengan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan lorong, kereta berhias rumah merdeka, persembahan dan juga bunga api.

Tahniah kepada semua penduduk kariah masjid atas kerjasama yang ditunjukkan. Sebagai balasannya, kariah masjid menggondol hadiah hampir semua acara. Senarai acara yang dimenangi

Pertandingan Lorong: Johan - Lorong Hj. Mughni
N. Johan - Lorong Hj. Taib
Ketiga - Lorong Hj Yusuf

Kereta Berhias : Tempat Ketiga (50 tahun dulu dan kini)
Rumah Merdeka : Tempat Kedua (Rumah Wak Man)
Perbarisan : Tempat Kedua (Memakai baju Jalur Gemilang)

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

(Jika sesiapa ada mengambil gambar pada malam tersebut boleh berikan salinan kepada Othman 012-3092256 (kedai signboard depan sekolah) untuk kemaskini gambar.

Sekilas persediaan dan sewaktu program: