Selamat datang ke blog Qariah Masjid An-Naim Jalan Kebun. Qariah Masjid dengan kepadatan penduduk melebihi 1000 orang merupakan kariah terbesar dalam kampung Jalan Kebun, Sect. 30 Shah Alam.
Qariah ini terdiri dari empat lorong utama iaitu Lorong Hj Yusof, Lorong Hj. Kassim, Lorong Hj. Taib dan Lorong Hj. Mughni.

Qariah ini menempatkan beberapa infrastruktur utama seperti Masjid An-Naim Jalan Kebun, Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klinik Desa, Pejabat JKKK, Pentas Terbuka An-Naim, Padang Permainan, Tadika Kemas, Institut Taufiq Islami dan Tadika Al-Firdaus Abim, Tadika Tarbawi dan Tadika Raihan, Pusat tiusyen ilmuwan.

Jalan Kebun via Satellite

Jalan Kebun via Satellite
Kampung di pinggir Shah alam/Klang

Monday, November 5, 2007

Majlis Khatam Quran Tadarus Remaja

Masjid an-naim telah menganjurkan tadarus remaja sepanjang bulan ramadhan. Kemuncak program ini ialah pada 29/9/2007 dimana semua peserta mengadakan majlis khatam Quran

Terdapat 98 peserta remaja dan sebahagian besar berpakaian baju kurung dan baju melayu dengan warna yang sama. Kain baju ini disumbangkan oleh masjid an-naim jalan kebun.

Acara penutup ini dipengerusikan oleh Ust. Shamsuddin, Imam II jalan kebun. Majlis dirasmikan oleh

Majlis sambutan berkhatan beramai-ramai

Masid an-naim jalan kebun akan mengadakan majlis sambutan berkhatan beramai-ramai pada 16 nov 2007 bertempat di masjid an-naim jalan kebun.

Semua warga jalan kebun yang mempunyai anak dan berminat untuk turut serta program tersebut boleh mendapatgkan borang daripada nazir atau jawatankuasa masjid untuk penyertaan. Ibubapa hanya diperlukan untuk menyediakan sepahar unga telur. Kos makanan dan jemputan disediakan oleh pihak masjid. Kos dan masa untuk berkhatan adalah ditetapkan dan ditanggung sendiri oleh peserta.

Semua peserta akan diarak dari dewan JKK ke masjid dengan paluan kompang.

Penyertaan masih terbuka dan dialu-alukan.

Program Sambutan Hari Raya JKKK

Pada 2 Nov 2007 JKKK jalan Kebun telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri peringkat kampung jalan kebun.

Setiap kariah yang terlibat menyediakan satu menu untuk tetamu yang hadir. Lapan kariah dan sebuah persatuan peniaga kecil dengan 9 jenis menu dihidangkan pada pada malam tersebut. Menu teristimewa pada malam tersebut ialah BBQ 2 ekor kambing. Menu-menu lain seperti soto, kue tiaw goreng, cendol dan banyak lagi cukup menyelerakan bagi setiap pengunjung yang hadir.

Dianggarkan lebih 3000 orang hadir pada sambutan kali ini. Pertemuan warga kampung pada malam tersebut seakan satu pesta yang meriah dengan sinaran lampu padang yang menerangi segenap pelusuk padang pentas an-naim.

Selain menyambut aidilfitri majlis tersebut turut meraikan jemaah haji yang akan berangkat tidak lama lagi. Pertandingan hiasan khemah setiap kariah juga turut diadakan.

Qariah masjid diistiharkan sebagai johan pada malam tersebut, naib johan kg baru SC dan tempat ketiga persatuan peniaga.

Majlis diserikan lagi dengan pertunjukan bunga api.

Tahniah kepada warga kerja dan penduduk qariah masjid atas komitmen anda menjayakan khemah qariah masjid sehingga dipilih sebagai pemenang pada malam tersebut.

Tahniah juga kepada JKKK yang menganjurkan program bagi merapatkan silaturrahim pada malam tersebut