Selamat datang ke blog Qariah Masjid An-Naim Jalan Kebun. Qariah Masjid dengan kepadatan penduduk melebihi 1000 orang merupakan kariah terbesar dalam kampung Jalan Kebun, Sect. 30 Shah Alam.
Qariah ini terdiri dari empat lorong utama iaitu Lorong Hj Yusof, Lorong Hj. Kassim, Lorong Hj. Taib dan Lorong Hj. Mughni.

Qariah ini menempatkan beberapa infrastruktur utama seperti Masjid An-Naim Jalan Kebun, Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klinik Desa, Pejabat JKKK, Pentas Terbuka An-Naim, Padang Permainan, Tadika Kemas, Institut Taufiq Islami dan Tadika Al-Firdaus Abim, Tadika Tarbawi dan Tadika Raihan, Pusat tiusyen ilmuwan.

Jalan Kebun via Satellite

Jalan Kebun via Satellite
Kampung di pinggir Shah alam/Klang

Monday, November 5, 2007

Majlis Khatam Quran Tadarus Remaja

Masjid an-naim telah menganjurkan tadarus remaja sepanjang bulan ramadhan. Kemuncak program ini ialah pada 29/9/2007 dimana semua peserta mengadakan majlis khatam Quran

Terdapat 98 peserta remaja dan sebahagian besar berpakaian baju kurung dan baju melayu dengan warna yang sama. Kain baju ini disumbangkan oleh masjid an-naim jalan kebun.

Acara penutup ini dipengerusikan oleh Ust. Shamsuddin, Imam II jalan kebun. Majlis dirasmikan oleh

Majlis sambutan berkhatan beramai-ramai

Masid an-naim jalan kebun akan mengadakan majlis sambutan berkhatan beramai-ramai pada 16 nov 2007 bertempat di masjid an-naim jalan kebun.

Semua warga jalan kebun yang mempunyai anak dan berminat untuk turut serta program tersebut boleh mendapatgkan borang daripada nazir atau jawatankuasa masjid untuk penyertaan. Ibubapa hanya diperlukan untuk menyediakan sepahar unga telur. Kos makanan dan jemputan disediakan oleh pihak masjid. Kos dan masa untuk berkhatan adalah ditetapkan dan ditanggung sendiri oleh peserta.

Semua peserta akan diarak dari dewan JKK ke masjid dengan paluan kompang.

Penyertaan masih terbuka dan dialu-alukan.

Program Sambutan Hari Raya JKKK

Pada 2 Nov 2007 JKKK jalan Kebun telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri peringkat kampung jalan kebun.

Setiap kariah yang terlibat menyediakan satu menu untuk tetamu yang hadir. Lapan kariah dan sebuah persatuan peniaga kecil dengan 9 jenis menu dihidangkan pada pada malam tersebut. Menu teristimewa pada malam tersebut ialah BBQ 2 ekor kambing. Menu-menu lain seperti soto, kue tiaw goreng, cendol dan banyak lagi cukup menyelerakan bagi setiap pengunjung yang hadir.

Dianggarkan lebih 3000 orang hadir pada sambutan kali ini. Pertemuan warga kampung pada malam tersebut seakan satu pesta yang meriah dengan sinaran lampu padang yang menerangi segenap pelusuk padang pentas an-naim.

Selain menyambut aidilfitri majlis tersebut turut meraikan jemaah haji yang akan berangkat tidak lama lagi. Pertandingan hiasan khemah setiap kariah juga turut diadakan.

Qariah masjid diistiharkan sebagai johan pada malam tersebut, naib johan kg baru SC dan tempat ketiga persatuan peniaga.

Majlis diserikan lagi dengan pertunjukan bunga api.

Tahniah kepada warga kerja dan penduduk qariah masjid atas komitmen anda menjayakan khemah qariah masjid sehingga dipilih sebagai pemenang pada malam tersebut.

Tahniah juga kepada JKKK yang menganjurkan program bagi merapatkan silaturrahim pada malam tersebut

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA

JAWATANKUASA MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SELURUH PENDUDUK KAMPUNG JALAN KEBUN.

BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN BALIK KAMPUNG ATAU ZIARAH-MENZIARAHI.

Kacau Dodol Lorong Hj. Mughni


Projek kacau dodol untuk Lorong Hj. mughni telah berjaya dijalankan pada hari sabtu malam ahad, sempena sambutan hari raya.

2 kawah dodol telah dikacau bermula selepas solat terawih sehingga subuh. Tahniah kepada semua penduduk lorong yang komited terhadap program yang dianjurkan oleh lorong ini.

Menurut jurucakap projek ini, En. Yusri Tawil, dodol ini akan di agihkan kepada penduduk lorong sebagai buah tangan hari raya atas komitmen mereka dan juga kesediaan mereka mengimarahkan lorong hj Mughni bagi merapatkan lagi hubungan silatur-rahim antara mereka.

Melalui projek ini diharapkan penduduk-penduduk tempatan dan juga penduduk yang lain dilorong ini dapat mengenali satu sama lain dan merapatkan lagi ukhuwah dan ikatan persaudaraan sesama Islam.

Tahniah kepada penduduk lorong ini yang beramai-ramai turun padang pada malam tersebut.

KUTIPAN SUMBANGAN HARI RAYA RM11,000.00

Sempena Hari Raya, Masjid An-Naim telah menjalankan kempen prihatin selaras dengan tuntutan bulan rahmat ini. Masjid An-Naim menjalankan kutipan sumbangan ikhlas berupa wang tunai daripada seluruh penduduk kampung Jalan Kebun untuk diagihkan kepada anak yatim, fakir, miskin, orang kurang upaya dan warga emas.

RM11,000.00 telah berjaya dikutip, satu jumlah yang membanggakan dan mencerminkan ukhhuwah Islam yang mantap dan diagih-agihkan kepada 221 penerima yang di kenalpasti dari seluruh penduduk kampung yang terdiri daripada 7 kariah kecil yang terlibat.

Jawatankuasa mengucapkan terimakasih kepada dermawan-dermawan yang prihatin terhadap mereka yang serba kekurangan dan juga sebagai menghargai warga emas yang telah banyak menyumbang pembangunan kampung jalan kebun.

Jawatankuasa juga mengucapkan tahniah kepada warga kerja khususnya ketua-ketua kariah yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Kariah terlibat untuk program ini ialah kariah Masjid kariah kampung Baru
Satu, kariah Kampung Baru 2, kariah haji tahir, kariah Hj. Said, kariah Hj. Abu Bakar dan kariah Kampung Lombong.


Sunday, September 30, 2007

Bubur Lambuk Jalan Kebun

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sepanjang bulan ramadhan, masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama Badan Kebajikan kariah masjid yang diketuai oleh Tn Hj. Solehan Hj. Tahir, telah menganjurkan program bubur lambuk. Program ini berjalan sehingga akhir ramadhan dan ia diagihkan secara percuma kepada penduduk kariah.

Setiap jam 3.00 buburlambuk ini sedia di agihkan. Program ini dijalankan di tempat letak basikal padang masjid An-Naim, berhampiran pentas terbuka An-Naim.

Bubur lambuk di Jalan Kebun ini adalah warisan dari resepi yang telah lama diamalkan oleh penduduk kariah setiap kali menjelang ramadhan.Dengan adanya program sedemikian bukan sahaja dapat menyumbang makanan untuk berbuka kepada penduduk setempat tetapi juga merupakan medium untuk merapatkan silaturrahim penduduk tempatan.

Menurut Pengerusinya, projek ini adalah program tahunan, tetapi sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan, menyebabkan bubur lambuk ini habis diagihkan dengan lebih cepat. Sehingga kini sebelum jam 4.00 petang, bubur telah habis diagihkan. Oleh demikian pihak pengurusan memohon maaf jika ada yang tidak berkesempatan untuk memperolehi bahagian bubur ini terutama jika lambat tiba.

Jika masih ada yang belum berkesempatan merasai resepi istimewa bubur lambuk Jalan Kebun ini, pastikan sebelum berakhir ramadhan untuk anda berbuat demikian.

Selamat berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri yang semakin hampir dari warga kerja bubur lambuk Jalan Kebun.

Saturday, September 29, 2007

Program Ihya Ramadhan 2007

Masjid An-Naim dengan akerjasama PIBG Jalan Kebun, Majlis Belia Selangor, Abim Selangor dan Blue-t telah menganjurkan program ihya ramadhan bersempena sambutan nuzul quran, tarikh keramat dan penuh sejarah Islam, bersamaan 29 Sept 2007.

Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga waktu berbuka puasa. Sejumlah 218 orang pelajar telah mengikuti program ini dari kalangan pelajar darjah 6 sekolah kebangsaan Jalan Kebun dan juga peserta tadarus bulan Ramadhan.

Majlis Belia Selangor telah menyumbangkan kamus oxford kepada setiap peserta, tidak ketinggalan Blue-t yang menghadiahkan majalah ana muslim.

Antara kandungan menarik ialah mengetahui rahsia solah, demonstrasi melukis kartun dari artis blue-t, menghafal surah dan ayat lazim dan juga berbagai pertandingan yang menyediakan hadiah lumayan kepada peserta.

Peserta turun bergembira dengan kehadiran fasilitator dari UIA, UiTM, Uni. Al-Azhar, Mesir dan juga Uni. Maghribi. Ini dibuktikan melalui prestasi pelajar semasa pertandingan pelbagai kategori perkara-perkara penting dalam solat.

Antara acara:



Koleksi gambar program ihya ramadhan

Thursday, September 27, 2007

Zakat Fitrah

Zakat fitrah tahun ini adalah sebanyak RM5.20 seorang bersamaan harga beras (RM2.70 sekilo beras)

Para pembayar zakat dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan dan juga pen kerana pembayar zakat fitrah diselangor diperlukan untuk mengisi borang maklumat pembayar zakat(ketua keluarga sahaja.

Butiran perlu diisi nama pembayar/alamat/status pekerjaan/k.p/kariah masjid/bil tanggungan/jumlah pendapatan dan no telefon.

Setiap pembayar zakat akan diberikan resit menurut jumlah tanggungan. Pastikan anda membuat bayaran zakat sebelum pulang ke kampung halaman dan tidak lewat dari solat hari raya. Zakat itu berkat dan menampung kekurangan puasa.

Amil untuk Qariah masjid
Muhamad Othman 012 - 3092256
Jamaluddin Karim 019 - 2258422

Solat Terawih


Bulan Ramadhan memang meriah dengan pelbagai aktiviti terutamanya di masjid. Malam terawaih dimasjid An-Naim memang meriah sekurang-kurangnya 3/4 masjid penuh dengan jemaah. Seronoknya...

Imam solat terawih diketuai oleh Imam I masjid An-Naim iaitu Ust Hafidz Bin Mohd Husain Al-Hafidz. Beliau dibantu oleh ustaz lain Ust. Shamsudin Saari, Imam II, Ust. Rashidi Hj. Ali (Nazir), Ust. Zawawi Ahmad Mughni dan Ust. Azhar.

Setiap malam, satu juz surah al-quran akan dibaca. Solat terawih dimasjid ini dilakukan sebanyak 20 rakaat dan juga 3 rakaat solat witir. Semoga para jemaah akan terus diberkati dan dirahmati Allah. Semoga kehadiran jemaah seperti ini dikekalkan sehingga akhir ramadhan.

Selepas selesai tarawih diadakan program tadarus dewasa.

Tadarus Remaja 2007


Masjid An-Naim telah menganjurkan program tadarus remaja setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad)sepanjang bulan Ramadhan. Seramai 100 remaja telah mengikuti program ini, peningkatan lebih 40% peserta berbanding tahun lalu.

Program ini dikendalikan oleh Imam II Ust. Shamsuddin Saari.

Program bermula dengan solat Asar berjemaah diikuti oleh tadarus mengikut kumpulan masing-masing sehingga waktu berbuka. Masjid An-Naim menyediakan juadah berbuka untuk semua peserta

Sunday, September 16, 2007

Thursday, September 13, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semoga amal dan ibadah kita ditingkatkan pada bulan rahmat ini, bulan yang menjanjikan lailatulqadar pada salah satu malamnya.

"Mengingati teman tanda persahabatan, Mengingati mati sumber kekuatan iman, Mengingati akhirat semulia-mulia ingatan dan Mengingati Allah itulah ketengan."

Lorong-lorong di qariah masjid khabarnya sedang sibuk membuat persiapan untuk sepanjang bulan ramadhan ini. Kemeriahan pasti menghidupkan suasana bulan ibadah ini.

Saturday, September 1, 2007

Sambutan Merdeka... Tahniah K. Masjid

31 Ogos 2007 Penduduk kampung Jalan Kebun menyambut kemerdekaan dengan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan lorong, kereta berhias rumah merdeka, persembahan dan juga bunga api.

Tahniah kepada semua penduduk kariah masjid atas kerjasama yang ditunjukkan. Sebagai balasannya, kariah masjid menggondol hadiah hampir semua acara. Senarai acara yang dimenangi

Pertandingan Lorong: Johan - Lorong Hj. Mughni
N. Johan - Lorong Hj. Taib
Ketiga - Lorong Hj Yusuf

Kereta Berhias : Tempat Ketiga (50 tahun dulu dan kini)
Rumah Merdeka : Tempat Kedua (Rumah Wak Man)
Perbarisan : Tempat Kedua (Memakai baju Jalur Gemilang)

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

(Jika sesiapa ada mengambil gambar pada malam tersebut boleh berikan salinan kepada Othman 012-3092256 (kedai signboard depan sekolah) untuk kemaskini gambar.

Sekilas persediaan dan sewaktu program:

Thursday, August 30, 2007

Pembangunan sekitar Qariah Masjid

Pelbagai kemudahan awam terletak di kariah masjid antaranya Masjid An-Naim, Klinik Kesihatan kerajaan dan swasta, sekolah rendah, sekolah tadika dll.

Wednesday, August 29, 2007

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 kepada seluruh penduduk qariah masjid dan juga penduduk jalan kebun amnya.

Persiapan untuk program 31 Ogos nampaknya sedang aktif di setiap lorong, tahniah atas semangat kerjasama seluruh qariah. Berbagai bendera dari sekecil-kecilnya hingga bendera gergasi mulai megah berkibar di kampung jalan kebun.

Bagi Qariah masjid lorong-lorong utama iaitu lorong Hj. Mughni, Lorong Hj. Taib, Lorong Hj. Yusof dan Lorong Hj. Kassim semakin meriah dengan pelbagai persiapan menjelang 31 Ogos.

Moga semangat kemerdekaan ini terus membakar setiap warga untuk terus menjadi pemain Malaysiaku Gemilang.

Lorong Hj. Mughni mulai mengimbas sejarah Lorong Mereka dan anda bakal menyaksikan papantanda sejarah ini di pintu gerbang lorong yang sedang giat untuk persiapan terakhir.

Friday, August 24, 2007

Hayati Surah Al-Qiamah:75 .Subhanallah..



Gambaran menakutkan dan mencemaskan berlaku semasa tsunami

Bacaan Al-Quran Siti Nurhaliza

Thursday, August 23, 2007

3 Masjid Terunggul

Tiga masjid di bawah bukan sahaja terkenal tetapi penuh barakah. Mencatatkan berbagai peristiwa dan sejarah pahit manis tertegaknya Islam di mukabumi.Sehingga kini umat Islam seluruh dunia tidak putus-putus mengunjunginya untuk beribadah.
1. Masjidil Haram
2. Masjid Nabawi
3. Masjidil Aqsa

Koleksi Masjid Sedunia