Selamat datang ke blog Qariah Masjid An-Naim Jalan Kebun. Qariah Masjid dengan kepadatan penduduk melebihi 1000 orang merupakan kariah terbesar dalam kampung Jalan Kebun, Sect. 30 Shah Alam.
Qariah ini terdiri dari empat lorong utama iaitu Lorong Hj Yusof, Lorong Hj. Kassim, Lorong Hj. Taib dan Lorong Hj. Mughni.

Qariah ini menempatkan beberapa infrastruktur utama seperti Masjid An-Naim Jalan Kebun, Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klinik Desa, Pejabat JKKK, Pentas Terbuka An-Naim, Padang Permainan, Tadika Kemas, Institut Taufiq Islami dan Tadika Al-Firdaus Abim, Tadika Tarbawi dan Tadika Raihan, Pusat tiusyen ilmuwan.

Jalan Kebun via Satellite

Jalan Kebun via Satellite
Kampung di pinggir Shah alam/Klang

Thursday, October 11, 2007

KUTIPAN SUMBANGAN HARI RAYA RM11,000.00

Sempena Hari Raya, Masjid An-Naim telah menjalankan kempen prihatin selaras dengan tuntutan bulan rahmat ini. Masjid An-Naim menjalankan kutipan sumbangan ikhlas berupa wang tunai daripada seluruh penduduk kampung Jalan Kebun untuk diagihkan kepada anak yatim, fakir, miskin, orang kurang upaya dan warga emas.

RM11,000.00 telah berjaya dikutip, satu jumlah yang membanggakan dan mencerminkan ukhhuwah Islam yang mantap dan diagih-agihkan kepada 221 penerima yang di kenalpasti dari seluruh penduduk kampung yang terdiri daripada 7 kariah kecil yang terlibat.

Jawatankuasa mengucapkan terimakasih kepada dermawan-dermawan yang prihatin terhadap mereka yang serba kekurangan dan juga sebagai menghargai warga emas yang telah banyak menyumbang pembangunan kampung jalan kebun.

Jawatankuasa juga mengucapkan tahniah kepada warga kerja khususnya ketua-ketua kariah yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Kariah terlibat untuk program ini ialah kariah Masjid kariah kampung Baru
Satu, kariah Kampung Baru 2, kariah haji tahir, kariah Hj. Said, kariah Hj. Abu Bakar dan kariah Kampung Lombong.


No comments: