Selamat datang ke blog Qariah Masjid An-Naim Jalan Kebun. Qariah Masjid dengan kepadatan penduduk melebihi 1000 orang merupakan kariah terbesar dalam kampung Jalan Kebun, Sect. 30 Shah Alam.
Qariah ini terdiri dari empat lorong utama iaitu Lorong Hj Yusof, Lorong Hj. Kassim, Lorong Hj. Taib dan Lorong Hj. Mughni.

Qariah ini menempatkan beberapa infrastruktur utama seperti Masjid An-Naim Jalan Kebun, Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klinik Desa, Pejabat JKKK, Pentas Terbuka An-Naim, Padang Permainan, Tadika Kemas, Institut Taufiq Islami dan Tadika Al-Firdaus Abim, Tadika Tarbawi dan Tadika Raihan, Pusat tiusyen ilmuwan.

Jalan Kebun via Satellite

Jalan Kebun via Satellite
Kampung di pinggir Shah alam/Klang

Sunday, September 30, 2007

Bubur Lambuk Jalan Kebun

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sepanjang bulan ramadhan, masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama Badan Kebajikan kariah masjid yang diketuai oleh Tn Hj. Solehan Hj. Tahir, telah menganjurkan program bubur lambuk. Program ini berjalan sehingga akhir ramadhan dan ia diagihkan secara percuma kepada penduduk kariah.

Setiap jam 3.00 buburlambuk ini sedia di agihkan. Program ini dijalankan di tempat letak basikal padang masjid An-Naim, berhampiran pentas terbuka An-Naim.

Bubur lambuk di Jalan Kebun ini adalah warisan dari resepi yang telah lama diamalkan oleh penduduk kariah setiap kali menjelang ramadhan.Dengan adanya program sedemikian bukan sahaja dapat menyumbang makanan untuk berbuka kepada penduduk setempat tetapi juga merupakan medium untuk merapatkan silaturrahim penduduk tempatan.

Menurut Pengerusinya, projek ini adalah program tahunan, tetapi sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan, menyebabkan bubur lambuk ini habis diagihkan dengan lebih cepat. Sehingga kini sebelum jam 4.00 petang, bubur telah habis diagihkan. Oleh demikian pihak pengurusan memohon maaf jika ada yang tidak berkesempatan untuk memperolehi bahagian bubur ini terutama jika lambat tiba.

Jika masih ada yang belum berkesempatan merasai resepi istimewa bubur lambuk Jalan Kebun ini, pastikan sebelum berakhir ramadhan untuk anda berbuat demikian.

Selamat berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri yang semakin hampir dari warga kerja bubur lambuk Jalan Kebun.

No comments: